Selasa, 30 Ogos 2011

Kisah Balik Kampung Nak Beraya

Wah tak aku sangka sudah nak raya rupanya. aku rasa macam semalam je puasa. aku packing barang nak bawa balik pulang kampung. antara barang yang saya bawa balik kampung buah kelapa tua, anchor cheese 2KG, kek lapis, ikan trubok masin dan baju baju raya.

Perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit dari kuching ke sarikei kalo guna Kapal. Raya tahun ni aku tak driving. ada beberapa faktor yang menyebab kan aku tak nak driving. biarlah guna kenderaan awam lagi bagus. tak letih driving. Andre anak kucing aku kesiann kena tinggal seminggu, aku dah beli makanan yang secukupnya untuk mereka.

awal pagi dah aku bangun, takut terlepas kapal ingatkan kapal tu berangkat jam 7am rupanya jam 830pagi. tapi kalau time perayaan kena datang awal nanti seat habis. aku dihantar oleh Ali cucu tuan rumah sewa. aku suruh dia guna kereta aku. sampai di warf aku terus ke kaunter tiket. aku suruhlah selendang merah angkat barang dengan kadar upah rm20. huhhh mahal tu. tak per lah aku fikir berbaloi juga sebab barang saya berat berat belaka.

Tempat duduk aku no E68 kiranya kedudukan tingkat bawah lah. sebelum berangkat ada sedikit taklimat dari pegawai LSSS tentang keselamatan di dalam kapal. terutama ketika kecemasan. kiranya macam dalam kapal terbanglah.hehhehehe lucu lah pulak.

sampai di sarikei jam 12 pm..adik menunggu di warf. tiba di kampung kira kira jam 640pm huhuhu penat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv