Jumaat, 15 Ogos 2014

Mimpi 4 Buah Pesawat MAS terhempas di Miri

Hari Rabu 13 Ogos 2014 aku bangun lambat dan terjaga disebab aku mimpi pelik. Mungkin sebab aku tertinggal solat subuh kot hari tu. Aku bangun jam 8:00am dan badan aku letih.

Mimpi aku pelik sungguh, aku melihat kapal terbang penumbang MAS terhempas sewaktu untuk take off. Dalam mimpi aku berada di Bandar Miri.

Suasana dalam mimpi aku seperti aku berada satu hari di Miri. Sebelah pagi aku berada di kawasan padang bola sepak melihat bebudak main bola. Aku bersama kawan aku yang aku tidak pernah kenal siapa dia tu dalam mimpi. Tetiba aku melihat sebuah pesawat sedang take off dari lapangan terbang sebelah. Dengan jelas aku melihat Logo MAS, lepas itu sebuah lagi pesawat MAS take off tetiba bunyi enjin dia memang kuat dan anih, tetiba pesawat itu berpusing-pusing dan meletop di udara dan jatuh di padang bola. Kami berlari-lari untuk menyelamatkan diri.

Selang selepas itu ada dua pesawat take off serentak tetapi sebuah pesawat melencong ke kanan dan sebuah pesawat lurus sahaja. Aku meilhat seperti dalam pertunjukan kapal terbang coraknya. Datang sebuah lagi fokker aku melihat jelas ada propellar, yang ini meletup juga seperti ditembak dan jatuh, 

Hati aku berkata, petanda apa kah ini? adakah penerbangan udara sudah tidak selamat?,

aku beredar dari situ (padang bola) dan menuju ke sebuah rumah tidak tahu rumah siapa. yang ada dalam rumah tu ada kawan saya dan beberapa kawan yang aku pernah lihat di Facebook. Perkarangan rumah tu nampak anih seperti dalam cerita hantu. Dari rumah ini dapat lagi melihat pesawat terbang.

Suasana di rumah ini sudah petang, sewaktu kami sedang makan dalam rumah tu tiba tiba dengan bunyi bising sehingga membingit telinga. ada yang terjerit-jerit ada kapal terbang terhempas. kami semua berhenti makan dan keluar dari rumah itu untuk melihat apakah yang berlaku. Aku melihat serpihan kapal terbang di depan rumah atas jalan bergelempangan.

Salah seorang dari kami berlari masuk ke rumah untuk mengemas barang untuk lari. Kami juga seperti automatik mahu nak lari juga tanpa diberitahu.

AKu bercakap dengan kawan aku dalam tu nak balik kuching guna kerata sahaja. Tetiba pesawat ke empat ini jatuh bagaikan kehabisan minyak meluru ke arah aku dan kawan aku. Kami berlari sekuat hati dan melompat agar kaapal tidak terkena. Tengah berlari menyelematkan diri aku terbangun .........

rupanya aku mimpi buruk... ya allah aku mimpi rupanya...

Khamis, 14 Ogos 2014

Menerima Kehadiran Tetamu - Aku Tak Paksa Makan Kulit Kentang

Kentang USA

Beberapa hari lepas aku menerima seorang tetamu iaitu kawan aku sendiri. Kawan aku ni seorang guru mengajar di sekolah menengah. Aku terimalah kehadiran nya.

Sebagai tetamu aku berhasrat untuk memasak makanan untuk makan malam. jadi aku masak nasi merah, Ayam Kari dan Sayur Kulat.

Bila time makan tu bercerita kami tadi tentang memasak di rumah lebih jimat. biasalah berdebat dengan seorang guru memang mengerunkan sebab mereka inikan petah bercakap.

Sebenarnya aku tak ada niatlah hendak memaksa dia makan kulit kentang USA dalam kari ayam yang aku masak. Beginilah perbualan kami semasa makan.

Cikgu : Baguskan masak di rumah. boleh jimat belanja harian.

Aku : memang jimat sebab kalau tak habis makan malam aku biasa jadikan bekal untuk esoknya.

Cikgu : Kari ayam awak ni sedap ada drumstik. my fav.

Aku : kan banyak isi. yang paling special dalam kari ini adalah kentang mahal sekilo RM8. aku ambik 3 ketul kentang dah RM5.00. Kentang ni tak perlu buang kulit nak masak sebab kulit dia boleh makan sekali .

Cikgu : berapa sekilo ( dengan mata terbeliak ) Maaf ya jangan kecik hati. Memandangkan harga kentang ini dikatakan mahal kulit ni kena makan juga. bagi saya kalau mahal kena habiskan.

Aku : (Terkejut) ahhhhhh takkan aku nak paksa awak makan kulit kentang tu. 

Cikgu : yelah mana tau kamu kecil hati aku tak makan kulit sekali sebab harga dia mahal..

Aku : dalam hati ( hahahah )

itulah perbualan aku dengan kawan aku ni tengah makan malam. Selesai makan kami berdua buat kerja sendiri lepas tu tido



Isnin, 14 April 2014

Happy Birthday Ke 37

Putaran ini tidak terhenti melainkan tamatnya dunia ini


Sambutan hari jadi tahun ini disambut jauh sedikit lokasi nya. Pertama kali juga sambut diluar bandar Kuching.


Bandar Bintulu eheheh bukan apa aku ada urusan kerja di Bintulu waktu hari jadi aku nie. Secara tidak langsung sambut di Hotel ParkCity Everly Bintulu.

Rezeki yang murah, ada orang VIP yang belanja aku dan razzi (officemate ) makan yang mahal-mahal hahah malu juga ler. sebab tak biasa dengan orang VIP nie.

Tapi pesan nya seperti anak dara malu malu kucing. hahah tak nak pilih menu mahal. org VIP tu dah kata jangan menyesal ye kalau tak makan. hahahaha

Walaupun tidak meriah tetapi tetap aku bersyukur sepanjang aku hidup nie ada juga orang ingatkan aku..

Terima kasih ye... yang sponcer aku hari tu kat bintulu

advertlets

Nuffnang Adv