Jumaat, 15 Ogos 2014

Mimpi 4 Buah Pesawat MAS terhempas di Miri

Hari Rabu 13 Ogos 2014 aku bangun lambat dan terjaga disebab aku mimpi pelik. Mungkin sebab aku tertinggal solat subuh kot hari tu. Aku bangun jam 8:00am dan badan aku letih.

Mimpi aku pelik sungguh, aku melihat kapal terbang penumbang MAS terhempas sewaktu untuk take off. Dalam mimpi aku berada di Bandar Miri.

Suasana dalam mimpi aku seperti aku berada satu hari di Miri. Sebelah pagi aku berada di kawasan padang bola sepak melihat bebudak main bola. Aku bersama kawan aku yang aku tidak pernah kenal siapa dia tu dalam mimpi. Tetiba aku melihat sebuah pesawat sedang take off dari lapangan terbang sebelah. Dengan jelas aku melihat Logo MAS, lepas itu sebuah lagi pesawat MAS take off tetiba bunyi enjin dia memang kuat dan anih, tetiba pesawat itu berpusing-pusing dan meletop di udara dan jatuh di padang bola. Kami berlari-lari untuk menyelamatkan diri.

Selang selepas itu ada dua pesawat take off serentak tetapi sebuah pesawat melencong ke kanan dan sebuah pesawat lurus sahaja. Aku meilhat seperti dalam pertunjukan kapal terbang coraknya. Datang sebuah lagi fokker aku melihat jelas ada propellar, yang ini meletup juga seperti ditembak dan jatuh, 

Hati aku berkata, petanda apa kah ini? adakah penerbangan udara sudah tidak selamat?,

aku beredar dari situ (padang bola) dan menuju ke sebuah rumah tidak tahu rumah siapa. yang ada dalam rumah tu ada kawan saya dan beberapa kawan yang aku pernah lihat di Facebook. Perkarangan rumah tu nampak anih seperti dalam cerita hantu. Dari rumah ini dapat lagi melihat pesawat terbang.

Suasana di rumah ini sudah petang, sewaktu kami sedang makan dalam rumah tu tiba tiba dengan bunyi bising sehingga membingit telinga. ada yang terjerit-jerit ada kapal terbang terhempas. kami semua berhenti makan dan keluar dari rumah itu untuk melihat apakah yang berlaku. Aku melihat serpihan kapal terbang di depan rumah atas jalan bergelempangan.

Salah seorang dari kami berlari masuk ke rumah untuk mengemas barang untuk lari. Kami juga seperti automatik mahu nak lari juga tanpa diberitahu.

AKu bercakap dengan kawan aku dalam tu nak balik kuching guna kerata sahaja. Tetiba pesawat ke empat ini jatuh bagaikan kehabisan minyak meluru ke arah aku dan kawan aku. Kami berlari sekuat hati dan melompat agar kaapal tidak terkena. Tengah berlari menyelematkan diri aku terbangun .........

rupanya aku mimpi buruk... ya allah aku mimpi rupanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv