Khamis, 14 Ogos 2014

Menerima Kehadiran Tetamu - Aku Tak Paksa Makan Kulit Kentang

Kentang USA

Beberapa hari lepas aku menerima seorang tetamu iaitu kawan aku sendiri. Kawan aku ni seorang guru mengajar di sekolah menengah. Aku terimalah kehadiran nya.

Sebagai tetamu aku berhasrat untuk memasak makanan untuk makan malam. jadi aku masak nasi merah, Ayam Kari dan Sayur Kulat.

Bila time makan tu bercerita kami tadi tentang memasak di rumah lebih jimat. biasalah berdebat dengan seorang guru memang mengerunkan sebab mereka inikan petah bercakap.

Sebenarnya aku tak ada niatlah hendak memaksa dia makan kulit kentang USA dalam kari ayam yang aku masak. Beginilah perbualan kami semasa makan.

Cikgu : Baguskan masak di rumah. boleh jimat belanja harian.

Aku : memang jimat sebab kalau tak habis makan malam aku biasa jadikan bekal untuk esoknya.

Cikgu : Kari ayam awak ni sedap ada drumstik. my fav.

Aku : kan banyak isi. yang paling special dalam kari ini adalah kentang mahal sekilo RM8. aku ambik 3 ketul kentang dah RM5.00. Kentang ni tak perlu buang kulit nak masak sebab kulit dia boleh makan sekali .

Cikgu : berapa sekilo ( dengan mata terbeliak ) Maaf ya jangan kecik hati. Memandangkan harga kentang ini dikatakan mahal kulit ni kena makan juga. bagi saya kalau mahal kena habiskan.

Aku : (Terkejut) ahhhhhh takkan aku nak paksa awak makan kulit kentang tu. 

Cikgu : yelah mana tau kamu kecil hati aku tak makan kulit sekali sebab harga dia mahal..

Aku : dalam hati ( hahahah )

itulah perbualan aku dengan kawan aku ni tengah makan malam. Selesai makan kami berdua buat kerja sendiri lepas tu tido



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv