Khamis, 4 Ogos 2011

Kisah Sepasang Sandal / Selipar Hilang

Aku tak tahu nak mula dari mana, tetapi yang pastinya sandal / selipar kesayangan aku telah hilang atau lesap daripada mata saya sebaik sahaja keluar daripada Rumah Ketua Menteri Sarawak setelah selesai menunaikan solat terawih. 

aku bagaikan kucing yang kehilangan anak tercari-tercari dimanakah selipar kesayangan aku itu. semua kaki jemaah yang baru keluar dari rumah CM itu aku perhatikan. bagaikan parang yang tajam mencari mangsa sahaja mata aku melihat ke arah kaki jemaah.

Penjaga pintu rumah tersebut tidak tahu aku kehilangan selipar, jadi aku mengeluarkan suara yang ala-ala resah kehilangan selipar agar penjaga pintu itu tahu ada orang yang kehilangan selipar tetapi penjaga pintu itu juga tidak tahu dalam hati aku menyumpah si pencuri selipar yang tidak bertanggungjawab. Adakah patut pencuri selipar itu sanggup biarkan aku pulang dengan berkaki ayam. kalau aku naik kereta tak apa lah aku naik motorsikal lah.

Nasib baik juga penjaga pintu itu memberi selipar yang orang tinggalkan malam sebelumnya. rupa-rupanya sebelum ini ada yang kehilangan selipar juga. Pencuri selipar ini memang wujud di mana-mana sahaja. nak tahu apakah puncanya mereka suka mencuri selipar.

1. kekurangan selipar dirumah.
2. kurangkan kasih sayang pada selipar
3. kilang buat selipar tak keluarkan lagi selipar jenis itu
4. Kaki tiba-tiba membesar atau mengecil
5. Selipar putus sebab di bawa mengenjet(mengurat)

aku masih geram lah. sudahlah bulan puasa bulan mulia betul-betul menguji kesabaran. aku memang jenis mulut celupar. kat mana-mana pun tetap mulut aku lezer secara disebalik tabir ada kau kisah. aku sumpah si pencuri itu jadi selipar juga. kalau aku jumpa pencuri itu, memang aku pijak-pijak macam selipar juga. dasar muka selipar.

aku pulak tak tahu macam mana nak buat penutup kisah selipar ni...
ok lah kita jumpa lagi mana tahu selepas ini baju pulak ilang...
ahakkkkkk ngeeeeeee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv