Ahad, 26 Februari 2012

Kisah Bernanah Telinga Dengar Part 1

Dulu memang radio kerajaan yang paling saya dengar. walaupun pengisian nya biasa bagi saya tetapi DJ itu memain peranan penting.ada ramai DJ DJ yang best pandai melayan pendengar sebab mereka tahu peminat akan menjadikan rancangan itu top. berbeza dengan DJ DJ yang veteren yang masih ditakuk lama jarang nak melayan peminat. kekadang DJ Veteran ni malas nak jawab panggilan telefon. main putar lagu jer. selepas tu cakap sorang sorang. Pernah juga dulu DJ DJ muda ni ramai peminat, mendapat kritikan juga saya dengar. biasalah bila yang veteren ni tidak puashati cara orang baru kerja. orang baru ni biasalah ingin cuba sesuatu yang digemari pendengar bukan nak memboringkan pendengar. DJ DJ ini dulu pernah menghangatkan konti sekarang sudah beralih ke radio swasta. 

sekarang radio kerajaan itu mcm tangkap muat je skekarang.DJ nak buat lawak pun macam tidak menjadi. malah bernanah telinga aku dengar. adakah patut semalam radio kerajaan siarkan carta lagu jam 12 mlm.. hahahha memang lawak jugaklah radio kerajaan ni. sepatutnya rancangan seperti ini awalkan jam nya. jika radio kerajaan menjadi role model patut mencari perbaharuan. pernah juga join aktivti anjuran mereka ni. kata mendapat sambutan. yang bagi saya masih sedikit dikatakan mendapat sambutan. kalau mendapat sambutan KAK kita lihat lah org sampai tepi jalan raya yang datang, ni setakat dalam bangunan tu tak mendapat sambutan hahahahaha...

Please stop that radio !!!!! bernanah telinga aku


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv