rasa macam tak percaya semua payment untuk hotel dan bas sudah saya uruskan dengan pihak bas. besok 1 Julai 2011 bermulalah satu perjalanan yang jauh dan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. esok trip ke pontianak akan bermula.
mengikut jadual, esok berangkat jam 6 pagi dari wisma sumber alam. bukan apa senang untuk semua nak pergi parking kenderaan. depan opis jer tu.. dengar kata org lah yang pernah dtg sana, pontianak bandar yang penuh dengan tempat untuk bershopping. saya dah ada kenalan di sana.. nama dia Pak Ahkim. saya dah menghubungi pak ahkim untuk proses pertukaran wang di sana, bukan main gembira lagi pak ahkim bila saya call dia. siap suruh saya beli kad telefon di sana suapa senang untuk menghubungi. saya cuma tukar di kuching IDR500,000 atau 1/2 juta rupiah sahaja. bukan apa untuk kegunaan awal. kalau tak cukup Pak Ahkim kan ada...
tengahari tadi madam chung telefon nak komfimkan hotel .. urmmmmmm sibuk juga si madam chung ni biasalah nak treat client. semalam saya bayar madam chung rm5000. jadi ada lebihan rm1480 lagi belum di byar. baru petang tadi uruskan payment.
sibuk pulak nak beli barang ni untuk bekal esok. nak singgah jap di choice mall. esok taklah kering tekak dalam bas. maklumlah 8 jam tu.... bukan nya dekat. takut lak perut lak berdangdut2...pada asalnya trip ni nak diuruskan oleh agent. memandangkan kalau melalui agent bayaran mencecah RM26 ribu. mana tak nya bos saya kata kita urus sendiri lagi murah.
tak per kerja keras sikit.. hahahha yg penting dapat tambang free hotel free. kalau mata tak nak tido malam ni.. memang saya berjaga dalam bas esok dapat tidoo....trip yang akan membawa 31 org ni akan mengukir kenangan indah di pontianak..
awal2 dah plan saya ngan kengkawan satu opis. nak pergi ke khatulistiwa garisan 0 darjah... hahaha memang saya nak bergambar sakan di sana nanti.
setakat ini jer lah.. sebab nak keluar beli barang dulu.. hehehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan