Rabu, 13 Julai 2011

1 Julai 2011 - Bermula Trip Ke Pontianak

1 Julai adalah tarikh keramat bagi saya, kerana tarikh ini adalah tarikh Kelab KEKAS akan mengadakan Lawatan Muhibbah ke Kalimantan Barat. Bandar paling popular di Kalimanran Barat adalah Pontianak. Nama yang cukup mengerunkan. hehehehe

sejak seminggu yang lepas saya sudah mencari dalam google earth tentang kalimantan barat. kawasan-kawasan yang menarik. 30 jun awal saya tidur sebab tak nak terlajak tidur. jam dah di set alarm 3 pagi. kami semua akan berkumpul di Wisma Sumber alam.

pagi 1 julai 2011 memang saya bangun awal. bukan apa saya kena kemas dulu barang2 yang perlu dibawa. nanti terlupa. biasalah nak cut cost malas nak beli barang asas di sana. motip saya ni bukan nak bershoping. cuma nak makan angin jer. Ahli kelab yang lain memang dah plan awal nak bershooping.

Semua ahli berkumpul di wisma sumber alam Jam 6 pagi. kami lewat sedikit berangkat sebab Peter Ling tertinggal Passport di rumah. kena tunggu lagi dia balik rumah ambik passport. ada lagi yang lambat Hajuna n Husband dia, lambat dia ni Seketeri bos saya. dahlah passport boss saya n anak-anak dia seketeri dia pegang. 

tepat jam 630am pagi waktu malaysia kami berangkat. memang riuh di dalam bus masa tu. yelah semua nak bercuti keluar negara. ini adalah pertama kali dalam hidup saya pergi ke luar negara. perjalanan lebih kurang 1 jam 45 minit. Bas carter kami sampai di Sempadan Entikong iaitu sempadan Negeri Sarawak dan Kalimantan.




heheheh lawak nyer bila tiba di Jabatan Imigresen. Suasana di situ agak sunyi sebab kami adalah antara orang yang terawal sampai di sempadan. kami berbaris-baris nak dapatkan cop keluar malaysia. pegawai imigresen yang bertugas meminta passport. heheheh dia ambil dan buat clearance. yang peliknya. mukasurat passport kami tidak di cop. mana taknya kami hairan. lepas tu minta cop lagi kat kaunter lain. hahahah kena marah lah pulak. sebab data sudah direkod. rupanya malaysia tak perlu di cop. 

Kat sempadan Malaysia ada lah orang yang berjual durian. huhhhh harganya IDR100,000 adalah dalam 10 biji macam tu. diorang makan macam dah lupa nak pergi lawatan. lebih kurang 15 min kami di sempadan malaysia. lepas tu kami berjalan kaki ke sempadan kalimantan. bus yang kami naiki tadi sudah berada di sempadan kalimantan. menikmati suasana pagi di sempadan amat menyejukkan.

langkah demi langkah kami menuju ke sempadan kalimantan. di sini kami dikerumuni oleh rakyat indonesia. di tangannya penuh dengan duit IDR dan Kartu HP SimPATI. Rakyat Indonesia tak ada bezanya dengan rakyat malaysia cuma bahasa yang membezakan. mereka gigih menjalankan perniagaan pertukaran wang dan menjual Kartu HP.

Sempat juga saya bersembang dengan mereka ni, pasal lawatan kami ke kalimantan. Saya Sempat beli 1 Kartu HP SimPATI di sempadan. mereka menjual dengan Harga RM10. boleh guna terus lagitu ak perlu nak register. heheheheh

sampai di Imigrasi Indonesia kami berbaris lagi untuk mendapatkan Cop memasuki Negara Indonesia. di sini kami berbaris. lebih kurang 15 minit jugalah kami di imigrasi kalimantan ni. sepanjang kami berbaris ada juga rakyatnya tak jemu-jemu menawarkan pertukaran wang dan penjualan kartu Hp. 

Bergilir-gilir kami mengecop ... lepas membuat cop . semua barang luggage kami kena scanning dulu sebelum berangkat. biasalah kena ikut rule negara orang. kita kena hormat juga mereka. sesama manusia tiada discriminasi barulah kita disanjung. 

selesai semua scanning barang kami semua memasuki dalam bus. meneruskan perjalanan. satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan melihat suasana negara orang. jalan rayanya sedikit kecil dari malaysia. hanya betul-betul muat sebuah kenderaan. kalau ada lebihan jalan pun hanya sedikit. bermula dari sempadan kalimantan pemandu bas yang berpengalaman asyik menekan hon tanda untuk memotong jalan. kalau hendak memandu di jalan raya kat kalimantan perlu berhati-hati. sebab jalannya banyak selekoh tajam. pemandangan indah sepanjang jalan ini dapat merehatkan minda.,

4 jam sudah berlalu, bus yang kami naiki berhenti di tempat perhentian. namanya agak pelik .. daerah SOSOK. kami berehat untuk menikmati makan tengahri di sini. suasana di Sosok agak sunyi. mungkin kami yang pertama sampai di sini. ada yang tidak ada selera makan di sini. mungkin disebabkan keadaan perskitarannya. bagi saya tak mengapa, asalkan saya dapat menikmati makanan orang indonesia. saya makan semangkuk nasi dan ikan masak lemak IDR22,000 huh.. berurusan dalam rupiah heheheheh






sempat juga kami mengabadikan potret di sini.Menurut pemandu bas. perjalanan ke kota pontianak mengambil masa 4 jam lagi. kalau siang akan guna jalan baru kiranya jimat 2 jam. kalau malam kena guna jalan lama. sebab jalan baru agak sunyi di waktu malam. bahaya untuk semua.

kami berangkat meneruskan perjalanan kami ke tempat yang hendak di tuju. dalam perjalanan saya tidur tidur ayam. kadang kala saya mengusik marvin. boring. kadang2 saya berjalan ke depan ke belakang nak tegangkan urat badan duduk lama sangat. sejuk lagi tu dalam bas.

setelah 2 jam perjalanan meninggalkan sosok kami berhenti lagi untuk minum petang. kami cuma berehat nak buang air kecil. yang lain-lain tu minum tea panas n kopi panas. kelihatan pemandu amat peramah dengan tuan kedai dan orang yang berkunjung kedai tersebut, 

di sini kami tak sempat nak mengabadikan gambar. sebab kepenatan dalam bas. kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Kota Pontianak.  








Kami sampai di Hotel Star Pontianak di jalan Gajah Mada, jam 330 petang. heheheh saya dimaklumkan oleh pihak hotel bilik belum siap sepenuhnya sebab agen kami yang menempah hotel memaklumkan kepada pihak hotel rombongan kasmi sampai jam 3 petang. ada sedikit salah faham. Pekerja hotel memaklumkan kami sampai terlalu awal. heheheh rupanya bezanya adalah 1 Jam dengan waktu malaysia. sorang demi sorang dapat bilik. dan yang paling akhir adalah saya. sebab saya beri laluan dengan mereka dulu. 

sebelum semua pergi kebilik. kami akan berkumpul di lobby hotel untuk makan di luar jam 4 petang waktu indonesia. huh... semua kami terpaksa menukar jam agar tidak salah faham. jam 4 kami berkumpul dan berbincang dengan pihak hotel untuk menyediakan teksi untuk membawa kami ke Ayana Mall. di sana kmk makan tengahri 4 trip teksi yang membawa kami ke sana. biasalah jadi taukey besar saya .. saya yang membayar makanan untuk semua lebih kurang IDR1,500,000 untuk makan tengahari.




Selepas kami makan tengahri di sini, kami berjalan membawa haluan masing-masing. heheh saya dan marvin berjalan ke tempat lain. yang lain-lain tu entahlah tak tau pergi mana. biasalah masing -masing ada agenda sendiri. 

saya cuma nak survey-survey je kat sini. mana tau ada barang yang murah...kami akan berkumpul lagi jam 8 mlm di hadapan Ayana Mall. nak balik ke Hotel. jam 8 mlm kami semua berkumpul. kami bergilir-gilir guna teksi untuk sampai ke hotel. saya juga yang ter akhir untuk memastikan semua romobongan selamat tiba di hotel.

sampai dihotel jam 930 mlm waktu indonesia. memang memenatkan sangat kami. tapi saya terpaksa uruskan juga untuk aktiviti keesokan hari nya. iaitu lawatan ke Kraton Kadriah dan Equator Khatulistiwa. aktiviti masing-masing. mereka yang lain tu nampaknya nak pegri berkaraoke ada yang pergi berurut.... ermmmmm

Selamat Malam 1 Day in Pontianak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv