Selasa, 13 September 2011

Kisah Latihan Kawad

Baru sahaja bulan Ramadhan berlalu kini bulan Syawal. cepatnya masa berlalu, sambutan Hari Lebaran Aidilfitri 30 Ogos dan 31 Ogos sudah berlalu. tahun ni memang unik, kalau mula berpuasa jatuh 1 Ramadhan bersamaan dengan 1 Ogos. tambahan pula sambutan hari Kemerdekaan berkongsi Hari Raya. jadi Tahun ini orang gelar sambutan Merdeka Raya.

bukan pasal ini aku nak cerita pasal sambutan hari kemerdekaan yang telah ditunda pada 24 September 2011. hehehe Sambutan tahun ini akan diadakan di Padang Merdeka Kuching. Aku setiap tahun memang tak Miss menyertai Perarakan. cuma sambutan TYT yang lepas aku tak dapat join sebab aku ada exam masa tu.

tahun ini aku mengabadikan diri untuk membawa Plaket Pasukan heheheh kononnya nak publisiti. kalau duduk depan pasti kamera press akan berada di merata-rata. mana tau masuk newpaper.. hahahahahah

Pasukan kami tahun ini adalah kali kedua pakaian korporat pejabat. setelah 3-4 tahun pakai baju korporat yang sama. tahun ini memberi kelainan sikit. kasut, topi aku dan deman yang uruskan. baju korpart n seluar marvin yang uruskan.

sebaik pulang dari kampung aku sibuk cari kedai kasut dan topi. biasalah kalo time macam ni semua kedai demand tinggi. tawar menawar sudah biasalah.

memang penat lah hari pertama berkawad.

setiap hari kena berkawad dari jam 230-430pm.. di perkarangan stadium perpaduan.. heheheh oklah nak cakap tu jer ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv