Rabu, 8 Februari 2012

Kisah Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Audit


Hari ini aku mengumumkan keputusan Audit 5S yang dijalankan pengauditan semalam. Walaupun sedikit tegang dengan hasil keputusan itu, namun apa yang aku berkongsi di sini adalah Sifat dan Sikap orang yang tidak dapat terima hakikat. 

Sebaik sahaja diumumkan keputusan cuma satu sahaja mereka tidak puashati dengan keputusan tempat individu terbaik yang telah dimuktamatkan di dalam mesyuarat jawatankuasa. kenapa ini berlaku? ini adalah disebabkan budaya mereka amalkan dalam organisasi. budaya sosial yang mereka bawa, budaya sosial di luar berbeza dengan budaya sosial dalam organisasi.

Sikap segolongan orang yang sudah merasa diri mereka teguh dengan kuasa dan empayar akan cuba untuk bertindak meraih sokongan daripada pengikut-pengikutnya. Situasi ini dapat dilihat secara mata kasar dengan tingkah laku mereka. dari segi pergaulan, standard, taraf dan darjatnya di dalam organisasi. 

Budaya yang sebegini aku rasakan adalah sesuatu yang negatif dan tidak bermoral. mereka yang berpengaruh cuba untuk mendapatkan perhatian dan disokong. maka pengikut-pengikutnya akan cuba untuk menyokong.

Apa-apa pun kena terima hakikatnya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv