Jumaat, 29 November 2013

Melancong Ke Guangzhou/Shenzhen/Hong Kong 29 November 2013

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Lawatan tahun 2013 ini sungguh menyeronokan sebab akan melancong keluar negera iaitu ke China. Lawatan ini adalah lawatan kali ke 3 Pejabat aku anjurkan iaitu KELAB KEKAS. Sebelum ini Ke Indonesia Pontianak 2011 dan 2012.

Perancangan satu tahun akhirnya menjadi kenyataan setelah perancangan asalnya sedikit sahaja tidak menjadi. pada 29 November 2013 kami semua ni member Kelab Kekas berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 4:00am. Memandangkan penerbangan kami jauh kena naik penerbangan paling awal dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Di Awan Biru Kuching/Kuala Lumpur
Tiba di KLIA kami semua berkumpol
Punyalah riuh rombongan kami bagai tak pernah  jejalan hahahah. Biasalah bila pergi melancong reramai macam ni memang seronok. aku ni kaki bergambar tetapi satu je kurang... belum layak jadi model. hahahaha

Penerbangan kami diteruskan lagi dari KLIA ke Guanzhou. Mengikut jadual penerbangan KUL/CAN mengambil masa 4 jam.
 
Aku Sempat Berposing dalam Pesawat MH374
Dalam pesawat ni memang boring sebab biasalah tak bebas nak begerak ke sana ke mari lebih lebih lagi kalau penerbangan nya 4 jam. perhhhhhh boring giler..

aku dapat seat 15A kat tepi tingkap pesawat ler. tapi yang boring nya atas sayap.

Lapangan Terbang Baiyun Guangzhou
Sebaik sahaja lepas daripada imigresen semua sibuk mencari toilet. Jumpa je toilet nah terkejut toilet dia tak ada paip. jangan ingat macam di Malaysia ada pili tepi mangkok tandas. mereka ada Tisu je.. hahahaha kena biasa kan diri anda guna toilet paper.Di lapangan terbang Baiyun ,Mr. David sudah menunggu kami di luar lapangan terbang Baiyun dengan membawa sebatang Payung sambil di angkat ke atas. sebab kat airpot tu ramai orang jadi memudahkan supaya tidak sesat lihat je lah payung...




Masuk Bas nah terus di bawa jalan korang mampu? tak berehat terus jalan nie. Kena kuatkan fizikal dan mental. hahahah tapi kami melancong nie musim sejuk. Diluar sejuk giler walaupun ada cahaya matahari angin dia memang sejuk.

Mr David Yang Handsome serta fasih berbahasa melayu
Dalam bus mr. David berceloteh panjang lebar dan kami tidak boring.Mampu? kalau mr David yang handsome ni sempat berjenaka. Sepanjang dalam Bus ada lah bahasa yang aku kurang faham dan lucu. "Minion" "Binnion" aku ingatkan dia cerita pasal Minnion rupanya dia nak sebut Million dan Billion...hahahaha

Aku mula Berposing With Kak Dayang and Hafiz

Depan Muzium nie..kat Guangzhou. lihat lah sejuk giler

Cantikkan kawasan nie.

Kami reramai
Sebaik selesai melawat di sini kami di bawa untuk dinner di satu restoran islam di guangzhou nama restoran tu RESTORAN ABDULLAH. nah korang tak tahu aku ada buka satu restoran kat guangzhou hahahahaha

Dinner di Restoran Abdullah Guangzhou

Setelah selesai makan kat sini kami shooping kat Beijing Lu.. nah kat sini kami shooping sakan sebab fikir lepas ni takkan datang lagi. kena grab oportunity lah beli barang.

Berposing di Beijing Lu
Sampai di Beijing Lu kami jejalan explore Beijing Lu. Nampak tak orang jalan kat sini mereka semua pakai jaket. Time nie jaket sejuk di jual murah nak mampus.

Tempat ni selalu masuk TV
Aku apa lagi, tidak melepas peluang untuk berposing di Beijing lu. kat sini lah aku sempat beli beg bagasi dengan harga 150Yuen Sahaja (RM75.00). Selepas penat bershooping time nak balik hotel.



Check in Hotel
Sebaik sahaja proses check in hotel selesai kami tidak melepas peluang untuk menikmati suasana di sungai mutiara..

Sempat bergaya depan Hotel
Bergaya depan hotel di Guangzhou, malam memang sejuk giler. kena pakai jaket selalu kalau tidak tengah jejalan jadi kaku sebab sejuk giler.

Pemandangan Pearl River
Ini lah pemandangan pearl river di waktu malam. Kat dalam sungai ini ada kapal belayar menyelusuri sungai pearl tetapi sayang waktu kami sampai kapal tu dah tutup. Jalan kaki sahaja kat tepi sungai tue..

Pearl River Guangzhou

Meriah sangat kedai makan memang belambak semuanya penuh tetapi tidak halal.
Tidak jauh dari kawasan kedai ni ada satu Stall satay kambing yang dijual oleh orang muslim. Yang tu je rasa tak was was makan. Kalau di negara bukan Muslim, Makanan muslim seperti emas kalau kita jumpa. 


Bersama Tuanku dan Ademan
Setelah penat bejalan di tepi sungai balik bilik lah besok kena ada aktiviti lagi nak bejalan-jalan shooping.

Makan Mee segera mentah hahahahaha
Balik bilik hotel TV pun bahasa cina. nahhhh kakak sebelah pun tak reti bahasa dia. hahahaha selamat malam.

besok 30 November nak ke Shenzhen sebelum tu kena shooping di Guangzhow Dulu... Selamat Malam Guangzhou


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv