Sabtu, 30 November 2013

Melancong Ke Guangzhou/Shenzhen/Hong Kong 30 November 2013

Good Morning Guangzhou, Bangun pagi di Guangzhou memang sejuk giler. Aku kan suka berangan konon nya aku berada dalam cerita korea dimusim sejuk. hahahaha kalau bercakap mulut keluar asap, tapi sejuk kat sini belum dapat memberi keasapan yang keluar dari mulut. hahah

Pemandangan Waktu pagi Guangzhou

Pagi - Pagi lagi penduduk di sini buat senaman Tai Chie
Pemandangan dari Bilik Hotel
Hotel tempat kami menginap ni menarik juga, tempat breakfast dia di tingkat atas. jadi kita dapat breakfast sambil melihat pemandangan bandar Guangzhou.

Tingkat 16 - Tempat Breakfast

Ruang legar untuk ke tempat breakfast

Lihat apa yang aku minum untuk breakfast?

Sun Rise dari tempat breakfast
Kalau aku kat sarawak memanglah makan kenyang lebih lebih duduk hotel mahal macam ni. rugi kalau tak makan. sebab hotel ni tak halal kena bijak lah memilih makanan yang boleh diyakini halal. Tidak semua makanan di tempat orang itu tidak halal. seperti buah buahan adalah halal, air putih dan sebagainya kalau orang tanya macam mana tahu buah halal?  senang je jawab buah tidak tersenarai dalam barang-barang haram dalam islam makanya kita boleh makan. Aku ni orang sempoi jew. sempat berceramah hahahah..

Check Out Selepas Breakfast
aktiviti selepas breakfast adalah check out hotel nah kan.. sekejap je kat Guangzhou bermalam semalam cukup untuk melepaskan lelah. Tetapi seronok giler tidak terungkap dengan bunyi bising cerita member-member yang lain.

Naik Bus

Sedia untuk berangkat

Masih riuh

Setelah berangkat dari hotel, kami di bawa oleh Mr. David ke tempat shooping. Memandangkan waktu masih awal banyak juga tempat belum buka. jadi kami ke tempat yang sudah buka. jadi Mr. David bawa kami ke One LINK International Plaza.

Dengar Briefing dari Mr. David

Siapa mereka nie macam orang sarawak je. banyak shooping kak


OneLink International Plaza

Sempat Snep Taxi kemalangan kecil dengan penunggang motorsikal...

Giant Keledek Bakar - 1 Kilo 40yuen tapi pakai dacing ada batu.

Nego process faham ke tidak hahaha

Sempat Posing
Penat juga berjalan di One Link International Plaza. Dalam Plaza ni banyak juga kedai-kedai yang menjual barangan seperti beg, anak patung, key chain, sarung bantal, baju, butang baju dan macam-macam lah. 
Selesai bershooping di One Link International Plaza kami dibawa ke satu tempat untuk bershooping. Tempat menjual barangan kulit. 
Inilah Restoran Islam tempat kami lunch. Belakang Restoran ni ada kedai jual barangan kulit

Menu Makan Tengahari Korang Mampu? hahahah berminyak uols

Selepas makan tengahari kami menyambung aktiviti bershooping. memang hebat juga ada yang bawak duit yuen berkepek kepek banyak nya macam mercun papan tue. 



Wajah-wajah Kekenyangan

Beg Luggage macam ni memang murah di sana.

Kami kena sampai juga di Shenzhen sebelum jam 6:00pm sebab malam nanti nak dinner bersama bos. Kami kena shooping sakan. yang ada duit lebih kena shooping sakan.

Restoran Muslim

Kedai mee segera buatan sendiri - Kedai ini tidak menjual air. hahah kena beli kat luar

Tempat mereka buat mee

better kongsi makan dulu takut tak habis kan rugi
Kami berangkat pulang terus ke Shenzhen, Sampai di sana kami check in hotel lagi sebelum Dinner. memang letih sebenarnya tetapi kena lupakan keletihan itu.

Penjual cina muslim di kaki jalan

Walaupun bukan Halal Jakim kena yakin sebab mereka juga Islam seperti kita

wajah mereka yang cukup ceria

Tu lihat iklan di belakang

Teringin nak makan tapi dah dalam bas


Lorong yang sempit untuk bas

Penghantar Makanan guna basikal sahaja


Nampak tak motorsikal 3 roda nie. menarik


Perjalanan dari Guangzhou ke Shenzhen menggunakan jalan darat mengambil masa 4 jam. dimana bas yang kami naiki akan berhenti sekali di perhentian khas. 

Perhentian Bas

Relex sementara menunggu yang lain
Lebih kurang 15 minit berhenti kami meneruskan perjalanan ke Shenzhen.

Bangunan Tinggi di Shenzhen

Cantik bangunan gereja ini

Bangunan kat Shenzhen semuanya besar

Rekebentuk bangunan yang menarik

Bangunan sepanjang jalan di Shenzhen memang menarik dan unik.
Akhirnya kami sampai di Kota Shenzhen. bas yang kami naiki terus ke hotel. Wajah keletihan kami nampak kelihatan. Namun berkat ketakwaan tetap lah ceria.

Helo House Keeping bilik aku kena tukar sabun

Sibuk nak check in

Pasangan ni macam nak main dalam salji hahaha

Masing-masing sibuk ngan hp

Chak...

ini kunci bilik ye.
Riuh hotel ini disebabkan kehadiran kami yang bahasa nya anih di dengar oleh mereka. Bahasa Sarawak, Bahasa Melanau, Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh semua keluar semasa di kaunter.. hahahah

Lepas check in bergegas nak dinner pulak di hotel lain. Kena cepat nie kalau tidak kena tinggal. Dinner di Hotel Shangri La,

Kulat ni sedap

Jeruk Timun

red Date

Dim Sum 

Selepas dinner ni balik ke Hotel. Tido besok nya nak jalan n shooping menggilakan diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

advertlets

Nuffnang Adv