Rabu, 13 Julai 2011

2 Julai 2011 - Lawatan Ke Kraton Kadriah & Equator Tugu Khatulistiwa

2 Julai adalah hari kedua rombongan kami di Pontianak. Jam 9:00 pagi kamiakan berangkat ke tempat pertama iaitu Kraton Kadrian. Kraton membawa maksud Istana dalam bahasa Indonesia. Kami telah menempah 4 buah teksi untuk lawatan ni. kami bertolak dari Hotel Star jam 930am disebabkan ada sedikit masalah teknikal.

KRATON KADRIAH

Perjalanan dari hotel ke Kraton mengambil masa kira-kira 30 minit disebabkan jalan sesak. kalau tidak sesak cuma 15 minit sahaja tempoh perjalanannya.

Sebelum tiba di kraton kami telah dimaklumkan oleh pemandu teksi nama Pak Agus, di Kraton nanti jgn hairan ada peminta sedekah. Jadi kami sudah dimaklumkan begitu kami akan berhati-hati. ke empat-empat teksi kami guna sampai di hadapan Kraton Kadriah. dipintu masuk kraton tersebut kelihatan banyak kedai-kedai yang menjual barangan.




 Tempat Sultan
 Peninggalan Sultan dan gambar kenangan
 Logo Kebangaan Indonesia
GARUDA

 Kenangan Bersama Cucu generasi ke 6 Sultan Pontianak
lupa nama dia. hahahaha






di Kraton Kadriah, kami  bergambar sakan lah sebab peluang ke emasan untuk kenangan. lawatan kami di sini lebih kurang 1 jam 30 minit. sebenarnya gambar Kraton kadriah ni ada Makhluk yang mengintai kami semasa hendak pulang. jika gambar ni di ZOOM ada kelibat seorang wanita yang bermata biru bercahaya kelihatan. ini mengundang misteri. bukan nak menakutkan cuma kami bernasib baik. ada dua buah kamera yang dapat menangkap makhluk tersebut. kamera lain adalah seperti biasa.


EQUATOR - TUGU KHATULISTIWA
selesai kami melawat di kraton, rombongan kami berangkat ke Equator. iaitu garisan latitut 0 darjah. dimana jam 12 tengahari bayang-bayang tidak kelihatan. tetapi ia hanya berlaku pada bulan 21, 22 & 23 Mac dan September. kedatang kami tidak bernasib baik disebab kan matahari tidak berdiri tegak. menurut pekerja monumen atau equator tersebut. selain mac dan september bayang=bayang tegak menyisih sedikit sahaja.

Saya sempat membeli sehelai baju ni untuk kenangan saya pernah sampai si sini.
harga RM16 jer. Dia terima duit Malaysia untuk berurusniaga.

Kenangan saya pernah ke Khatulistiwa

Line Hijau itu adalah Garisan 0 Khatulistiwa.
Matahari akan tegak betul-betul jam 12 tengahari 
dan tiada bayang-bayang setiap 21,22,23 Mac dan 21, 22 dan 23 September


Bergambar beramai-ramai.


jam 12 tengahari kami berangkat pulang ke hotel. dalam perjalanan pulang kami melihat suasana di di kota pontianak. jam 1230 tengahari kami sampai dihotel. makan tengahari sudah tersedia. memang penat lawatan sehari. berehat dihotel sekejap sebab jam 3 pm nak pergi ke pasar sudirman pulak. Pak Ahkim dah tak sabar menunggu kami datang ke kedai dia. Pak Ahkim siap sponser teksi dari hotel ke kedai dia. Pak Ahkim adalah kenalan orang sarawak. siapa-siapa yang datang ke sana akan menghubungi pak ahkim. sebab service dia memang bagus. barang yang kita beli akan dihantar terus ke hotel. lain kali sapa2 nak datang sana boleh hubungi pak ahkim.pak ahkim juga seorang money changer. kalau nak tukar duit RM ke IDR boleh call Pak Ahkim pasti dia datang terus ke hotel.

Aktiviti Santai 
petang jam 3 teksi yang pak ahkim tempah sudah sampai. bergilir-gilir menunggu giliran untuk pergi ketempat pak ahkim. kami semua memenuhi ruang kedai pak ahkim. memang meriah kedai pak ahkim.. dipenuhi dengan dengan rombongan kami. hahaha sempat juga saya beli kain sarung DOA IBU original n kain sarung lelaki saya beli , saya belanja IDR268,000.

selepas selesai membeli barang di kedai pak ahkim. kami berjalan nak ke Pasar Sudirman. tetapi tidak bernasib baik sebab hujan telah membasahi kota pontianak pada masa tu.. tiba-tiba mood saya ilang nak berjalan sebab terkena air hujan. rasa nak balik hotel je.

Dalam keadaan basah kekuyupan kami sempat juga jejalan di pasar sudirman , saya dan beberapa orang lagi bejalan-jalan cari teksi nak balik hotel. sampai je kat hujung jalan jumpa Oplet dan boleh muat 13 orang. hahah kami sapu habis 1 Oplet tu dengan harga IDR70,000 satu trip.dalam oplet tu, kami sempat bersembang dengan pemandu oplet rancak bersembang dia pun tak tahu kat mana hotel star. pemandu oplet tu sempat bertanya dengan org di tepi jalan. hahhaha memang lawak jugalah pemandu oplet ni. 

sampai hotel kami tak balik bilik. jalan lagi di kawasan hotel nak cari durian. hahah maklm lah musim durian dah mula di kalimantan.








balik bilik nak mandi selepas puas berjalan. ermmmmm memang memenat kan. tapi kena tahan lah sebab jarang nak pergi luar negara ni. 

QUEEN CAFE
tanpa dirancang saya, bobot, tissy, echa, razzi pergi ke Queen Cafe untuk bersantai. lepak-lepak nak minum air kopi. menang masa ni hujan kami redah jer. jalan kaki dr hotel. tak jauh dekat jer. di sini kami memesan barang makan ringan. minum kopi. .






di cafe ni kami bergurau senda. macam-macam cerita. ada yang berlawak jenaka. saya dah mengantok giler jadi tak mengantok. sebab ketawa tak henti-henti. cafe ni mereka putarkan lagu yang sedap2. tak jemu.  selepas tu datang marvin, noleh n castelo. meriah lagi kami lepak. jam dah pukul 12 mlm. baru kami pulang ke hotel. 
jumpa lagi esok.. yukkkk

1 ulasan:

advertlets

Nuffnang Adv